Sunday, January 2, 2011

CARA ATASI KEMARAHAN, KECEWA...

10 cara atasi GERAM, KECEWA @ MARAH...

1)Luahkan kemarahan anda...Jangan simpan dalam hati. Itu bukan sahaja menjadikan anda seseorang yang pendendam, malah hati anda boleh menjadi gelap daripada segala kebaikan.

2)Fikirlah bahawa tidak semua kesilapan berpunca daripada kamu! Jangan suka menyalahkan diri sendiri kerana itu boleh menjatuhkan keyakinan diri kamu ke tahap yang paling rendah.

3)Berhenti menyesal! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Janganlah fikirkannya lagi. Past is past. Keep moving on.

4)Kenali siapa lawan anda. Inilah kesilapan yang selalu terjadi di medan peperangan. Ramai panglima gagal mengenali siapa seterunya lalu terkorbanlah armada terhebat bimbingannya.

5)Bertindak dengan bijak. Gunakan akal anda. Jangan bertindak membuta tuli. Kelak yang sakit dan merana adalah diri sendiri. Gunakan akal anda. Jangan berfikir guna lutut!

6)Kawal perasaan anda. Tidak salah mempunyai rasa geram, marah mahupun kecewa tapi pandai-pandailah simpan. Gagal mengawal emosi kita, di situlah kelamahan utama kita yang akan dijadikan sasaran lawan!

7)Tentukan cara terbaik menanganinya. Fikirlah sedalamnya. Tarik nafas perlahan-lahan. Lihat apa kata kecil anda. Dengar apa katanya. Kalau boleh, lakarkan masalah tersebut dalam pemikiran anda dengan mempertimbang buruk atau baiknya perkara itu serta apa natijahnya kepada semua, bukannya diri anda sendiri.

8) Luahkan isi hati anda pada kertas. Tulislah kemarahan anda. Conteng kertas itu. Marahlah. Geramlah. Buang semua kekecewaan anda. Lama-kelamaan, anda akan menyedari betapa itu semua adalah terapi terbaik. Tiada siapa akan mendendami kita. Cuma, pastikan saja kertas contengan itu dibuang sejurus kita menulisnya dengan harapan semua perasaan negatif itu turut hilang.
Ok?

9)Lakukan aktiviti seperti bersenam atau apa sahaja yang membolehkan anda lupa dengan kerungsingan hati anda. Apa kata ambil raket badminton anda dan bermainlah sepuasnya! Kalahkan lawan anda!

10)Bercutilah. Tenangkan fikiran anda yang sedang diracuni kemarahan itu dengan bercuti. Tidak perlu jauh, dalam rumahpun boleh. Selagi anda jauh dari pokok permasalahan. Jadikan satu hari tanpa telefon bimbit anda!

Cubalah!!!

No comments:

Post a Comment