Tuesday, January 11, 2011

Sebuah Cerita Cinta...

Cerita cinta lagi...tapi kali ini berbicara soal cinta yang sama tapi pengakhirannya berbeza...

CINTA ITU BUTA...itulah yang selalu orang laung-laungkan dalam berbicara soal cinta. Betapa cinta dipersalahkan apabila berlaku sesuatu yang mampu sahaja meragut semua kebahagiaan cinta. Cinta itu dijatuhkan hukuman sebagai pesalah akibat kegagalan yang dialami. Cinta yang suci, yang telah dipinjamkan nikmatnya oleh Sang Pencipta disalahtafsirkan. Sedangkan, ketika bercinta, semua orang terlupa untuk memahami kehendak sebenar perasaan sendiri.
Seperti yang berlaku pada dua pasangan ini... Mereka menafikan wujudnya cinta. Mereka tidak mahu mengaku saling jatuh cinta. Namun, lama-kelamaan, ada pula tunas cinta yang tumbuh. Mekar pula tu. Dalam tempoh itu, mereka saling berbagi-bagi rasa. Berkongsi cerita. Ketawa. Berduka. Semuanya terlalu indah. Sangat mempesona. Amat bahagia.
Suatu saat tiba membawa berita yang mereka harus berpisah. Lalu, tanpa bicara, mereka hilang bersama tapi ke arah yang berbeza. Sang lelaki pergi membawa hati dan berlagak seolah-olah semuanya tiada erti. Membuang si dara yang pernah merajai hati. Membenci. Perawan cinta pula menangisi semalam yang pernah dilalui. Kemudian menjadi seorang wanita dewasa yang enggan hampir dengan cinta.
Mereka saling benci. Mereka saling melupai. Mereka saling tidak mahu mengingati. Saat itu, cinta dipersalahkan! Cinta dihukum sebab kasih yang tidak kesampaian. Dan kini, semuanya serba salah.
Lelaki menghukum perempuan lain akibat cinta tidak menjadinya. Perempuan bercinta tapi masih mengintai kisah lama.
Kecurangan. Selingkuhan. Andainya saja masa itu, lelaki memahami yang dia harus berjuang kalau itu cinta sejati dan yang perempuan mengerti yang lelaki itu harus difahamkan. Semua kekalutan ini takkan terjadi. Mereka masih bersama. Mereka masih bercinta.

saatku menyedarinya...
semua sudah terlalu lewat membatasi masa
kita tidak mungkinkan bersama
sebagaimananya langit dengan bumi
tidak akan menyatu dalam realiti
kita cumanya akan jadi suatu kenangan
umpamanya pantai dan lautan
hanya bertemu kala air menjejaki pantai
sebegitulah cerita indah kita
adakalanya aku rindu
rindu merasa nikmat cinta bersamamu
betapa indahnya hariku dengan kamu mengenggam tanganku
betapa beruntungnya aku saat dan ketika itu
kamu selalu ada untukku
sekarang semuanya sudah berlalu
betapapun aku merindu
kenyataan hidup memisahkan kita tidak mungkinkan berubah
sekalipun aku menangisi
kau dan aku nyatanya bukan untuk bersama
kita sekadar pelengkap cerita cinta dunia yang tidak akan menyatu
saatku menyedarinya...
bintang yang terang di atas sana
bukan lagi menerangi cinta kita
tapi sekadar meminjamkan kita sinar agar jalan yang baru ini
tidak kelam
tidak sirna
kerana bila nanti kita berjumpa
betapa kita akan sedar
indahnya kenyataan hidup setelah perpisahan...

Namun, iktibar terbesar cerita ini, KALAU BENAR CINTA, PERJUANGKANLAH KERANA PENYESALAN TAKKAN BERGUNA KELAK.

No comments:

Post a Comment