Bila kita ditakdirkan untuk bertemu tapi bukan untuk bersatu, redhailah bahawa itu yang tertulis di azali.
Bila kita berasa berputiknya cinta tapi tiada ruang untuk bersama, yakinlah bahawa karma cinta bukan untuk dimiliki.
Teruslah berjalan. Inilah persimpangan, perpisahan.
Apapun yang bakal terjadi esok hari, biarah masa yang menentukannya dan semoga takdir Tuhan menemukan kita semula tanpa kebencian.
kadanng-kadang Tuhan sembunyikan pelangi indah di balik tirai hujan yang membasahi bumi supaya kita lebih menghargai keindahan yang tercipta sesudah rintihan duka.
kadang-kadang kita perlu melepaskan agar dapat terus berjalan agar kita lebih memahami bahawa hidup perlu terus maju ke hadapan bukannya tertahan dek kenangan semalam yang mengasyikkaa.
yang manis bukannya bahagia, yang pahit bukannya hempedu kehidupan. semuanya tersirat makna dan cerita, biarlah masa yang berbicara dan kawan, akhir bicara ini terzahir keinginan, harapan, semoga pertemuan kita sesudah ini tiada tersurat api kebencian yang akan memusnahkan kemesraan kita.
No comments:
Post a Comment