Saturday, July 17, 2010

tiga minggu...


tiga minggu lamanya aku berada jauh dari insan yang selalu ada dekatku... yang selalu memegang tanganku erat. yang tidak menyatakan bahawa silap dan khilafku sebagai dosa tapi dia menerimanya sebagai kudratku, kudrat manusia biasa yang tidak lepas berbuat perhitungan dalam kehidupan. yang selalu mempercayaiku sepenuh jiwanya, yang selalu yakin bahawa aku yang terbaik untuknya...terasa terlalu jauh jarak dan masa memisahkan kami. jauh yang membuat aku selalu lemah dan ingin selalu menangisi detik-detik panjang ini. jauh yang membuat aku menyakini diriku untuk tabah menghadapi fasa kehidupan baru ini, yang membuatku yakin aku akan pulang bersama jaya yang aku bina dan cipta untuknya. mama, terima kasih kerana selalu ada bersama ila. kerana selalu mempercayai ila. menyakini cinta ila. menerima ila seadanya.

1 comment:

  1. hadapi dengan senyuman.... iezan, ko mampu melakukannya... menyerahlah untuk menang... susah manapun ia, jalan hidup ini yang terbaik... tuhan telah menentukannya. redhailah dan jalaninya sebaik mungkin... semuakan baik2 saja...

    ReplyDelete