Friday, February 4, 2011

Rindu...


Ku Rindu Pada Seseorang???

Segenap umurku mengenali siapa dia...membesar di depan matanya..mengenali cinta bersamanya..
Tujuh tahun bersamanya..memahami nilai kelebihan dalam diri sendiri..menerima baik buruknya dia sebagaimana indah dan jeleknya aku sebagai suri..
Dia memadam air mataku yang jatuh ke pipi..
Dia memegang tanganku kala aku ragu dan gentar..
Salahku, tegurnya penuh hemah semata-mata mahu mengajar aku menjadi wanita terbaik..
Pintaku,ditunainya penuh kasih..
Aku ke mercu diiringi doa dan restu..Tidak meminta lebih..bukan diriku sebagai ganti cuma ingin aku selalu beringat tentang indahnya kehidupan jika ingat pada Pencipta, rindu dan kasih pada mama...

Andai ada yang bertanya, siapa mahuku??? tentu sahaja, dirinya selamanya...insyaallah..

Kepada Ya Rabbal Izzati, aku mohon kau teruslah teguhkan sekeping hati bila kami.. kuatkanlah untaian jodohku dan dia..semaikan terus benih kepercayaan antara kami..satukanlah kami dalam bahagia selamanya..himpunkanlah kami dalam satu ikatan cinta yang diredhaiMu..

Andainya bukan tertulis takdir antara kami, jangan tinggalkan sisa kebencian dalam hati ini Ya Allah...suburkanlah rasa kasih agar terus abadi..kerana aku terlalu menyayanginya..hampir seluruh hidupku keranaMu..

Abang...semoga perkahwinan milik kita selamanya berdua...

No comments:

Post a Comment